Artikel & Tazkirah
BAHAGIAN TUBUH WANITA YANG DIANUGERAHKAN NAMA YANG MULIA
Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil daripada nama Allah s.w.t yang bermaksud ´Maha Penyayang´. Sudah tentulah Allah s.w.t tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentu Allah s.w.t akan memilih sesuatu yang mulia, juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Allah s.w.t tidak memberikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita.
Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaan Allah s.w.t dan memberi makan kepada apa yang Allah s.w.t ciptakan.
Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Allah s.w.t kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa dapat menafikan kepentingan rahim bagi kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan betapa mulianya wanita di sisi Allah s.w.t.

